Monday, 4 April 2016

Cubaan makan 'Buffered C Blackmores'

Assalamualaikum

ecehcehh...tajukkk
cubaan sangat kan

 sekarang ni aku cuba untuk istiqamah makan Vitamin C ni, untuk kesihatan aku jugak kan
sebelum-sebelum ni aku penah jugak makan supplement-suplement lain macam shaklee, habatussauda, olive oil...tapi tu la.., susah aku nak istiqamah
semuanya aku beli, pastu makan tak habis, sampai dah expired 
tapi aku simpan je lagi..tak buang pon
makan malas, nak buang sayang
masalah kan???
hahaaaa

so bila aku start nak makan vit c ni, aku survey harga dulu
antara Blackmores, Shaklee, 21st Century dll
aku tengok di Watson, Guardian, dan AEON Wellness je
Tapi bila survey tentang pengamalan, ramai yg suggest blackmores


haa ni contoh vitamin c yang ada di pasaran..yg ramai jugak suggest

 tapi kalau kita google, banyak je kita jumpa kan, macam-macam brand ada, macam-macam pilihan..pandai-pandai lah pilih..yg penting diluluskan SKMM





dan ini la Buffered C Blackmores yang aku maksudkan

Actually Blackmores ada 3 produk berasaskan Vit C 

Vit C
Bio C
Buffered C

Aku beli vitamin ni di AEON Wellness, kebetulan masa tu AEON buat members sale
so dapat la diskaun 20%

Aku dah tanya pada pharmacist keje di AEON Wellness tu, 
dia kata Buffered C lebih lama dalam badan, lebih kurang dalam 8 jam
so kesannya mungkin lebih dari yg lain
tapi tetap supply Vitamin C tau
tu aku decide beli yg tu

Harga Buffered C 500mg 30 tablets
 RM3+.++

Diskaun 20%

RM29.++

hahaaaa...tak ingat la..cari resit dah hilang pulak


Vitamin C ni ada banyak jenis jugak , ada yg chewable, 500mg, 1000mg
untuk yang ada gastric disarankan ambil yg acid free ye


untuk permulaan, aku ambil yang 500mg je dulu
nanti lepas 3 bulan , baru aku akan ambil yang 1000mg
kena la bagi badan prepare, slow-slow dulu nak terima kan
tak ada lah terkejut tetiba dos 1000mg terus aku makan

biasa aku makan lepas lunch, dalam setengah jam macam tu baru aku makan Vit C ni

Kesan?

sehingga entry ni ditulis, aku berjaya makan hari-hari tanpa skip selama 8 hari
ajaib tau hihii..moga terus istiqamah..insyaAllah

kesannya.., aku senang nak membuang hahaaa..
kesan pada kulit tu belum nampak sangat lagi, sebab baru sangat kan
tapi bab membuang tu ok la., sebab aku kalau bab tu payah sikit

satu lagi, aku nak makan Vitamin C ni sebab aku selaluuu sangat selsema
selalu sangat..selalu tersumbat hidung
panas ke sejuk ke sumbat je hidung aku ni
makan pon kekadang tak rasa sangat
 harap-harap masalah hidung aku ni boleh ok lepas makan Vitamin C ni
memang tu salah satu kebaikan Vitamin C ye, bukan aku harap-harap kosong tau

Pantang!!!

 kita biasa dengar

Vit C memang bagus untuk badan kan
tapi jangan sesekali kita makan Vit C selepas makan udang

sebab apa?

sebab gabungan Vit C dan udang akan menghasilkan satu asid yg boleh menyebabkan kematian dikenali sebagai arsenic trioxide, beracun dah boleh sebabkan kematian

tapi...!!!!!

bila aku google cari maklumat pasal ni, terjumpa satu entry di blog Dr. Zubaidi, 
boleh baca link dibawah
Dr. Zubaidi katakan yg fakta itu salah


haa., camana pon, berhati-hatilah.., kalau rasa takut.., jangan la makan Vit C selepas makan udang
jarakkan pengambilan., macam makan udang pagi, malam makan Vit C
eh boleh ke? pepandai je aku kan hahaaa
kalau aku, aku buat macam tu lah kot kannn

korang kalau nak cuba makan Vitamin C ni boleh la cuba
pilih mana yang korang rasa berkenan, mampu dari segi harga, mampu jugak nak telannya

pastikan banyak minum air masak tau kalau makan Vitamin C ni
actually apa-apa supplement pon wajib minum air masak banyak-banyak


ok tu je nak cerita pasal Vit C ni.., macam banyak je lagi nak cerita, tapi Vitamin C je pon nak cerita panjang-panjang kan huhuu


k lah, kbye

2 comments:

  1. aslkm.. so nowadays awak still makan vit C? haha, saya baru nak mencuba tapi tgh survey aftereffect dia. ada apa apa perubahan ke pada kulit you or any part of your body?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah setakat amalkn vit.c ni muka makin licin,muka dh X kusam tona kulit pun dah sekata taw! Selsema,sakit tekak serta resdung pun dh mula berkurangan pun..

    ReplyDelete